Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Ahad, 30 Januari 2011
Rasullulah S.A.W dengan sebiji limau..
Dicatat oleh Qurratu'aini khadraa di Ahad, Januari 30, 2011 0 ulasan
SIAPAKAH WANITA SOLEHAH???
Wanita yg suci zahir dan batin.Darah daging dan tulang belulangnya bersih dari benda2 haram.Batinya bersih dari kotoran kejiwaan,sebab selalu dicuci dgn RINSO SAMAWI(WAHYU)Dalam Alquran perkataan solehah selalu dirangkai dgn kata Amal.Amal pasti disebut setelah kata Iman.Amal soleh mesti bersandarkan ilmu dan iman.yg datang dari Allah.Wanita solehah ialah wanita yg dapat meraih kedudukan sebagai kesenangan dunia paling indah menurut kriteria Allah dan Rasul.Wanita solehah adalah wanita suci yg benar2 mencintai ALLAH DAN RASUINYA dan mencintai semua pecinta2 Allah .dan Allah pun mencintai nya.Alla tidak mungkin mencintai wanita2 yg tidak suci .Wanita2 yg jahat adalah wanita2 ahli neraka yg menghambur2kan bencana dan malapetaka didunia ini.Rasulullah SAW bersabda setelah ketiadaanku ,tiadalah aku tinggalkan fitnah yg paling merbahaya bagi lelaki melebihi fitnahnya wanita.Rasullah SAW bersabda takutlah kamu semua dgn fitnah dunia dan fitnah wanita.sesungguhnya permulaan fitnah terhadap Bani Israel terjadi dari arah wanita.(Muslim)Rasullah bersabda sesungguhnya wanita itu bila menghadapinya berupa syaitan ,dan bila membelakanginya juga nampak spt syaitan ,jika kamu tergoda dgn kecantikan wanita hendaklah kamu mendatangi isterimu agar nafsumu dapat disalurkan.Rasulullah bersabda.Tidaklah yg menghormati wanita kecuali org yg mulia ,dan tidaklah yg menghinakan wanita kecuali org yg hina pula.Kata hikmah .Wanita itu tiang negara .Bila ia baik ,maka baiklah negara itu,tapi bila ia rosak maka rosaklah negara.Rasulullah bersabda.Dua macam ahli neraka yg belum aku lihat.1.kaum yg memegang pecut bagaikan ekor lembu ,digunakan utk memukul orang.2.Wanita yg tidak berjilbab ,suka merayu dan dirayu,berlenggang lenggok dgn genitnya ,rambutnya (sanggulnya)bagaikan belakang unta yg miring letaknya,mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium baunya ,sedangkan bau syurga itu dapat dicium dari jarak perjalanan yg amat jauh.Begitulah gambaran dan bentuk siksaan wanita yg melupakan kewajipanya terhadap Allah.sehingga Allah pun melupai mereka .Kerana itu wahai para ibu ,sahabat2 muslimah ,mujahidah ,lengkapilah dan hiasilah diri kita semua dgn hiasan Taqwa (jilbab)kerana jilbab adalah salah satu jaminan utk menempati Taman impian JANNATUL FIRDAUS.JANGAN SAMPAI TERLAMBAT ,TEMPAH TEMPAT MULAI SEKARANG.
Dicatat oleh Qurratu'aini khadraa di Ahad, Januari 30, 2011 0 ulasan
Sabtu, 29 Januari 2011
kelebihan umat nabi muhammad S.A.W menurut nabi adam A.S...
Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kepada umat Muhammad s.a.w. empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:
· Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad s.a.w .diterima di sebarang tempat oleh Allah s.w.t.
· Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah s.w.t. maka Allah s.w.t. telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad s.a.w. membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah s.w.t. memberi mereka pakaian.
· Ketika aku telah berderhaka kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad s.a.w. berbuat derhaka, Allah s.w.t. tidak memisahkan isteri mereka.
· Memang benar aku telah derhaka kepada Allah s.w.t. dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad s.a.w. durhaka kepada Allah s.w.t. akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah s.w.t.
Dicatat oleh Qurratu'aini khadraa di Sabtu, Januari 29, 2011 0 ulasan
bilik-bilik di syurga..
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia. "Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah s.a.w.?" tanya para sahabat. "Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya." "Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap." Begitu Rasulullah s.a.w. menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.
Dicatat oleh Qurratu'aini khadraa di Sabtu, Januari 29, 2011 0 ulasan
kElEbIhAn BeRsElAwAt..
Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku: Berkata Jibril a.s.. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail a.s.: "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil a.s.: "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah s.w.t. dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah s.w.t. mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail a.s. pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi." Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah s.a.w. .? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah s.a.w. Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah s.w.t., Rasul dan para malaikat.
Dicatat oleh Qurratu'aini khadraa di Sabtu, Januari 29, 2011 0 ulasan
TEMPAT TINGGAL ROH..
Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" :-
· Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
· Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
· Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.
· Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.
· Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
· Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
· Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.
Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :-
· Orang-orang yang mati syahid.
· Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
· Orang yang puasa hari Arafah.
Dicatat oleh Qurratu'aini khadraa di Sabtu, Januari 29, 2011 0 ulasan
BiNaTaNg BeRnAmA hUrAiSy..
Dikisahkan dalam sebuah kitab bahawa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekur binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat. Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?" Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."
1. Orang yang tidak mengerjakan solat.
2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
4. Orang yang suka minum arak.
5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.
Dicatat oleh Qurratu'aini khadraa di Sabtu, Januari 29, 2011 0 ulasan
KiSaH nErAkA jAhAnnAm..
Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah s.w.t. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras." Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.ki
Dicatat oleh Qurratu'aini khadraa di Sabtu, Januari 29, 2011 0 ulasan
ABU BAKAR AS-SIDDIQ
Dicatat oleh Qurratu'aini khadraa di Sabtu, Januari 29, 2011 0 ulasan