BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

selamat datang

"mujahidah solehah cintakan islam".......

Khamis, 30 Disember 2010

MeNaWaN kEkAsArAn DeNgAn KeLeMbUtAn..^_^

Waktu itu rasulullah S.A.W sedang berbincang-bincang dengan saiyidina umar r.a di hadapan kediaman baginda.Angin padang pasir yang sesekali bertiup menjadikan suasana perbincangan mereka begitu selesa.
              Tiba-tiba perbualan mereka seperti terganggu.Masing-masing menoleh ke arah datangnya bunyi tapak kaki yang diseret dengan kasar.Langkahnya nampak tergesa-gesa.Habis berterbangan batu-batu kecil terkena libasan capal saad bin syaanah,seorang pemiutang yahudi.
               dengan wajah begis,Saad bercekak pinggang berhadapan dengan Rasulullah.Namun wajah Rasulullah S.A.W tetap tenang.
                "Masuklah dulu wahai Saad."kata Rasulullah sambil menghampiri Saad.
                  Tiba-tiba Saad merenggut keras kain najran yang kasar buatanya di leher Rasulullah.Tercalar perit leher baginda.
                  "Hai, keturunan Abdul Mutalib engkau sememangnya keturunan orang yang suka menangguh-nangguhkan hutang.cepatlah jelaskan semua hutangmu itu!"marah saad.Lantang sungguh suaranya.Biji matanya pula dijegilkan kepada Rasulullah.Baginda tetap tenang.
                  "Wahai kekasih allah,saya tidak rela tuan diperlakukan sedemikian,"kata saiyidina umar kepada Rasulullah.Saiyidina Umar ingin membalas kekasaran Saad tetapi Rasulullah menyuruhnya bersabar.
                     "tidak mengapa Umar.Aku dan Saad memang ada urusan hutang.Biarlah kami berdua saja menyelesaikannya.Jangan engkau turut campur.Alangkah baiknya wahai Umar, sekiranya engkau menyuruh aku membayar hutangmu kepadanya.Dan engkau menasihati dia supaya menuntut hutang secara baik.Tidakkah begitu Umar??" jelas Rasulullah dengan lembut.Saiyidina Umar dan Saad terdiam.
                         "Sebenarnya aku masih mempunyai tiga hari lagi untuk membayar hutang tersebut seperti yang dijanjikan.Tapi tidak mengapalah."
                          Saiyidina Umar yang tadinya tunduk,mengangkat kepalanya.
                         Bayarlah hutangku itu dengan menambah 20 gantang gandum kepada Saad.Biarlah hilang marahnya," ujar Rasulullah kepada Umar.
                         Sebelum sempat Saiyidina Umar melangkah pergi,Saad menahannya.
                        Nanti dulu Umar," suaranya mulai lembut."semua yang aku lihat hari ini merupakan tanda-tanda kenabian Muhammad.Aku telah dapat melihatnya dari wajah Rasulullah."
                         "Aku hanya ingin menguji adakah baginda seorang yang penyatun lagi pemaaf seperti yang diceritakan orang.Kini segalanya telah jelas.Dengan ini, sekarang aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah,"kata Saad engan gembira dan terharu.
                            "syukurlah kepada Allah kerana petunjuk dan hidayah datang daripadanya,"Rasulullag dengan penuh rendah diri."Lihatlah Umar,telah bertambah lagi seorang hamba Allah yang memeluk agama islam moga-moga Allah sentiasa memberkati hidup kita,"kata Rasulullah akhirnya.
                            
                        

0 ulasan: