BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

selamat datang

"mujahidah solehah cintakan islam".......

Selasa, 28 Disember 2010

JiHaD SeOrAnG wAnItA...

apabila disebut perkataan 'jihad' apakah yang terlintas didalam fikiran kita?? serta-merta tergambar kesungguhan terkorban yang akan menimbulkan semangat berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir!!! semangat ini memang baik dan perlu dipupuk bertepatan dengan ketetapan islam serta kehendak allah SWT.

hakikat jihad

Definisi jihad menurut syara' ialah seorang muslim menyerahkan tenaganya untuk mempertahankan dan menyebarkan islam bagi mencapai keredaan allah.dari sini nanti akan terbentuk sebuah masyarakat islam dan seterusnya akan terbina negara islam yang sihat.jihad mesti berterusan hingga ke hari kiamat.martabat jihad yang paling rendah ialah jihad didalam hati dan yang paling tinggi ialah barperang diatas jalan allah.mengorbankan waktu,harta dan kepentingan diri sendiri demi kebaikan islam serta ummatnya juga dikira sebagai jihad.begitu juga dengan menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran serta memperjelaskan hakikat keEsaan ALLAH juga merupakan sebahagian daripada jihad.

Bagaimanakah kedudukan wanita dalam jihad??

jawapan kepada persoalan ini mesti benar-benar difahami supaya sumbangan kita dalam jihad akan menguntungkan islam.oleh itu,kita perlu menyingkap kembali lembaran sejarah rasulullah SAW untuk mengambil iktbar tentang persoalan jihad bagi kaum wanita.

Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan Ath-Thabrani,pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa'(wanita yang pintar berpidato)datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata:"aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau.jihad yang diwajibkan oleh allah ke atas kaum lelaki itu,jika mereka luka parah,mereka mendapat pahala.dan jika mereka gugur pula,mereka hidup disisi tuhan mereka dengan mendapat rezeki.manakala kaum wanita,sering membantu mereka.
maka apakah pula balasan kami untuk semua itu??

bersabda Rasulullah

sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita,bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan allah,tetapi adalah sangat sedikit sekali daripada golongan kamu yang dapat melakukan demikian."

pada ketika yang lain,Rasulullah SAW pernah ditanya:"wahai Rasulullah,perempuan manakah yang baik???

Baginda menjawab:"perempuan yang mengembirakan suaminya apabila si suami memandangnya,mentaati suami apabila diperintah dan tidak menyalahi suaminya baik mengenai diri peribadinya atau dengan apa yang dibenci oleh suaminya."

pada dasarnya,kaum wanita disamakan dengan kaum lelaki dalam bertanggungjawab agama sama ada mengenai aqidah,ibadah dan muamalah,kecuali tanggungjawab yang khusus yang sesuai dengan fitrah kaum wanita.Begitu juga dengan tanggungjawab jihad yang diwajibkan kepada kaum lelaki tidak diwajibkan kepada kaum wanita.seandainya kaum wanita berupaya pergi bersama-sama kaum lelaki ke medan petempuran,tidaklah ditolak oleh islam.Bagaimana tugas ini hanya dianggap sebagai sumbangan tambahan.

kita perlu jelas jihad paling utama dan dituntut kepada setiap wanita ialah taat kepada suami dan mangakui hak suami,manakala jihad di luar rumah adalah sumbangan tambahan bagi mereka yang berbuat demikian.

0 ulasan: